Friday, July 24, 2009

Masak vs Imam!!!

Hehehehehehehe......aku minat sangat dengan tajuk ni sebab ada sesetengah perkara yang memang tidak disedari oleh orang lelaki. Contohnya la kan......bila orang perempuan tak pandai masak, pandai pulak orang lelaki nak komen, nak kutuk, nak sindir, nak perli and cam-cam lagi la tapi sebenarnya kalau golongan lelaki kurang pengetahuan mengenai agama......uiiissshhhh.....sesapa pun tak leh nak sentuh tentang isu ni. Kene pejamkan mata, pekakkan telinga.......sebab kononnya bab-bab agama ni sensitif......boleh blah!!! Kalau bab nak tambah bini boleh pulak nak kaitkan ngan agama ngan sunnah.....hampeh tul!!!

" Apa nak jadik ngan ko ni.....nama je perempuan tapi tak tahu masak......camna nak layan suami ngan anak-anak nanti.......Ntah sapa la nak kawin ngan ko nanti....reti-retikan la diri tu belajar masak......."

amboi...amboi...amboi.....sedapnya mulut berkata-kata......itu merupakan salah satu ayat yang pernah dilontarkan pada aku masa tingkatan 1, umur baru 13 tahun......baru je capai tempoh remaja...ada sedikit matang...tak pernah pikir pasal laki atau anak....pikir pasal dunia enjoy jek.......sapa yang mengata aku tu...takyah la mention....malas dah nak pikir.......tapi ayat dia tu memang tinggalkan kesan pada aku sampai bila-bila......

Bagi lelaki, perempuan kene ada pakej pandai masak kalau nak jadik bini and aku rasa perempuan pun kena letakkan satu kriteria pada golongan lelaki untuk jadik suami orang. Korang tahu apa dia???? Jadik imam sebab kalau dia boleh jadik imam untuk pimpin famili kepadaNya.....memang tabik la.....ajar or mengaji sesama.....so sweet.....tapi orang lelaki kata...kalau pompuan letak syarat camtu.....habislah berlambak andartu kat dunia ni....

Orang lelaki selalu kata....perkara utama nak pikat suami melalui perutnya tapi perkara utama nak pikat isteri camna pulak???? Errrrmmmm.......a very romantic husband with a very lovely roses, chocolates, hot kiss and #!*&** are just not enough.......

Aku pernah tanya tentang hal ni pada kengkawan lelaki.....ramai yang kata diaorang tak konfiden sebab takut bacaan surah tak betul.....tajwid lari....diaorang prefer sembahyang sendiri-sendiri.........kalau makmum buat salah...imam kene tanggung.....come on la......kalau camtu takda sesapa la yang berani jadik imam kat dunia ni.....apa daaaaa!!!!! Kalau dah tahu kurang pengetahuan agama, belajar-belajar la......jangan le leka.....kalau pompuan leh belajar masak takkan lelaki tak boleh belajar benda yang wajib.....Kalau bab main video game, karaoke boleh lak brush up....terror lak tu.......vibrato dasat....

Apa-apa pun, pompuan atau lelaki memang sepatutnya belajar mana yang kurang. Kalau masyarakat arini pentingkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami, lelaki pun kene boleh jadik imam, boleh pimpin famili supaya kredibiliti dia orang tak goyah sebagai ketua keluarga. Jika wanita disuruh belajar, kenapa tidak lelaki?? Tak gitu???

Aku sahut cabaran orang yang mengata aku dulu.....believed me .....aku pandai masak tak brapa lama lepas kene kutuk......aku tak belajar daripada sesapa pun......aku tengok camna mak aku masak.... then aku cuba masak sendiri......orang yang mengata aku tu pulak yang dapat bini tak pandai masak.....HAHAHAHAHAHA....tu la lain kali jangan mengata kekurangan orang lain.....tak baik......kalau berduit...boleh makan luar...... tak kisah la kan sebab ada duit tapi jangan sesekali mengutuk orang lain.......not good at all!!!!



pssttt..........wanita kat luar tu ramai sangat yang cantik and vogue.....asben aku ni pulak ramai peminat......so rasa tergugat jugak le sebab aku ni bukannya cantik pun....so....I have to be good in cooking.....jaga perut dia......at least boleh buat dia bertambah sayang kat aku from time to time......boleh ke???


No comments:

Post a Comment