Wednesday, August 26, 2009

Spontaneous Feeling

Korang pernah tak rasa tetiba cam nak larikan diri......duduk sensorang....jauh daripada semua yang ada di sekeliling kita........rasa cam u want to be free.........and taknak ada sesapa pun yang kacau atau ganggu life korang!!!!........pastu rasa cam segala macam dugaan dan ujian yang datang kepada kite selama ni sepertinya kita pernah buat kesalahan yang sangat besar sedangkan tidak pernah.........Kebiasaannya........korang rasa yang korang dah banyak sangat berkorban, memahami, bersabar dan bertolak ansur untuk orang lain malah berusaha untuk menjernihkan keadaan yang keruh sebab korang sendiri akan rasa segala tindak tanduk yang dilakukan elok atau tidak pada satu-satu masa yang tertentu. Itu sebab la, semakin umur meningkat, semakin matang pemikiran dalam menilai dan juga menangani sesuatu isu, masalah, manusia dan apa jua keadaan yang berlaku di hadapan kita.

Katakanlah..........ada orang yang lebih tua berbuat salah kepada kita.....Berbuat salah tahap yang memang terlalu !&?**&?? (just imagine kesalahan melampau yang korang sedang terpikir sekarang ni)..........Adakah korang akan biarkan je perbuatannye dengan bersabar sebab dia lebih tua dan kite perlu menghormati dan menerima baik-buruknya?.......atau adakah korang memang sukar untuk memaafkannye sebab korang rasa orang yang begini perlu diajar and tidak perlu diendahkan?

Kalau bab-bab pihak yang lebih tua daripada kita, bila ditanya kepada orang yang lebih arif, diaorang akan kata..........mereka yang lebih tua perlu dimaafkan......biarkan sahaja......kuatkan iman, kuatkan diri dengan bersabar.....berdosa besar jika kita bermusuh dan berdendam.....lagipun yang muda perlu lebih menghormati yang tua........oklah.....semua statement tu memang betul but cuba korang pikir.......korang memang cukup kuat ke untuk bersabar dengan kerenah orang lain yang telah menyakiti dan menghiris hati korang??? adakah kesalahan mereka boleh dimaafkan dengan sebegitu mudah tanpa ada sebarang pengajaran??? sampai bila korang boleh bertahan jika kepala sendiri dipijak-pijak bertahun-tahun tanpa ada sebarang kesalan mahupun simpati???.......Jika dilawan atau bergaduh, dikatakan kita ni kurang ajar dan biadap tapi jika berdiam diri, mereka rasa kita ni boleh dibuat apa sahaja and takda nilai dimata diaorang.

Korang pernah rasa tak????

So, what do you think???

What should you do actually???

What is your comments/opinions/suggestions???



Friday, August 21, 2009

Happy Ramadan.......


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan. Ampun salah silap ye jika ada........Semoga bulan yang suci ini, kite semua akan lebih menginsafi dan mensyukuri diri dan apa juga yang kite perolehi. Jangan lupa and sengaja meninggalkan solat terawih ye jika berupaya dan boleh menunaikannya. Ianya dituntut walaupun sunat. Ermmm......else????.......tahun ni, aku still tak dapat nak buat terawih sebab takda sapa yang nak jaga 2 orang anak bujang aku yang kat rumah tu. Diaorang kecik lagi.......so maybe....next year........InsyaAllah......


Tuesday, August 18, 2009

No smOkiNg, PleeaaSSSee!!!


Aku bukan nak kata apa la cuma aku memang betul-betul tak paham camnalah orang boleh suka sangat hisap rokok.....Apalah yang sedap sangat.......Cuba pikir ye.......kite pergi kedai beli rokok yang harga berbelas-belas ringgit, pastu letak kat mulut.....lighter on........sedut asap masuk peparu...kuar kat mulut and hidung....pastu dah habis.....buang and pijak.....ada yang dok tenyeh-tenyeh kat bekas memana yang available.......tak ke membazir namanya tu sebab beli pakai duit...pastu sesenang je dok bakar.....cam bakar duit jugak le kan!!!! DIULANG.........beli pakai duit bukannya bulu roma, bulu ketiak atau pun bulu hidung ye.........

Aku ada gak le tanya kat friends aku yang lelaki......diaorang kata smoking ni salah satu cara lepaskan tension, nikmat hisap rokok tu tak terkata la especially lepas makan or even lepas buat seks.....isssshhhhhh.....sekarang ni memangla korang rasa sedap, sehari sekotak takde hal la tapi nantilah bila penyakit dah datang baru tahu langit tinggi ke rendah.....ketagihan rokok korang masa dah sakit nanti lagi la teruk sebab tak boleh ditahan-tahan......tak dapat rokok yang kotak-kotak ni......rokok daun pun jadik la....sakit pun makin teruk la.......

Lagi satu, tak payah la nak bagi alasan tension sebab kite ni kan manusia yang dianugerahkan akal.......kita boleh pilih NAK atau TAKNAK.......kuatkan hati dan semangat.....merokok ni menyusahkan diri sendiri...not good for your health...... dah terang lagi bersuluh, skang ni kotak rokok ada letak gambar-gambar kesan dan akibat merokok yang memang tak bestnye rasa bila tengok.........even dalam paper pun slalu je pampang iklan sebesar-sebesar alam bahaya merokok ni......korang tak takut ke????? kalau sekadar nak kata.....orang merokok ni nampak macho.....huh....takde maknanya......sebenarnya, kalau tak merokok lebih nampak gentleman and bersih.....

Aku ada gak ramai kawan pompuan yang memang suke sangat merokok.....ada yang pura-pura tak smoking tapi sebenarnya smoking dalam toilet........Girls, jangan la merokok.....nampak tak elok la......hilang keserian seorang perempuan apabila rokok terselit di celah jari apatah lagi jika menghisapnya....

.


pssstttt..........korang semua.........taknaklah merokok ye........tak elok la......sayangilah diri sendiri, keluarga dan kengkawan korang.........kalau nak quit smoking.....do it slowly sebab aku tahu memang payah.........


Friday, August 14, 2009

Ustaz Asri KEMBALI ke Rahmatullah

Aku tahu nak tulis apa......yang pastinya.......seorang ikon yang sentiasa berdakwah melalui bait-bait lagunya, laungan takbir hari raya, solat jemaah bahkan bacaan suci Al-Quran di kaca-kaca TV mahupun secara peribadi dengan mana-mana pihak.......Setiap baris ayat yang dibaca, dinyanyi dan dilaungkan meninggalkan kesan yang sangat mendalam pada jiwa aku sampaikan aku rasa terlalu banyak kekurangan dan kejahilan yang perlu diperbaiki dan diperbetulkan.......perasaan TAKUT itu memang sentiasa ada........kematian akan sampai pada bila-bila masa, cepat atau lambat terpulang padaNya.......Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan insan-insan terpilih disisiNya........


PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada....
Lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya

Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahgia pulang.....ke sana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiringi doa dan airmata
Yang pergi takkan kembali lagi


Lagu: Norman/Yusry/Edry
Lirik: Nazim/Mohd Asri Ibrahim



Tuesday, August 11, 2009

Afraid and Worried

Ya Rabbi, aku baru je habis baca paper Utusan Malaysia hari ni......yelah kene dapatkan any news about international relations between Malaysia and negara luar.......tapi yang banyaknya isu penghinaan DAP terhadap Islam, perkauman, Noordin Mat Top and yang paling aku takut and risau sekali news tentang H One N One. Eeeee.......risaula mana taknya, tetiap hari ada je kes maut akibat penyakit ni........once kene virus ni boleh menyebabkan kegagalan fungsi organ utama and even pneumonia....penyakit ni bermula dari negara luar tapi dalam beberapa hari boleh merebak satu dunia and orang yang duduk kat pedalaman pun boleh kene.......really serius and menularnya wabak ni.........kan bagus kalau semua rakyat Malaysia boleh dapatkan vaksin antiviral ni secara percuma daripada kerajaan.......kalau tak dapat percuma pun, kene bayar sikit la untuk golongan yang berkemampuan but free untuk yang takde duit...... Yelahkan.....contohnya....pekebun, penoreh, nelayan.....and sume pekerja yang memang gaji kecik, mana la diaorang nak cari duit. Kesian sangat kan!!!! Kes ni serius tau, bukan boleh ambik mudah...... Masa ni la.....semua badan-badan kebajikan dan yayasan- yayasan amal swasta kene bersatu padu dengan kerajaan untuk membantu seluruh rakyat yang amat memerlukan......bukannya harta-benda yang diminta tapinya sekadar vaksin antiviral utk mengurangkan bahkan mungkin boleh mengelakkan daripada penyakit ni merebak dengan lebih teruk lagi. Ini melibatkan jutaan nyawa and hidup ni pun sekali je.......sekurang-kurangnya ada sedikit bantuan yang boleh dibuat.....Ni aku ada doa untuk disharekan ngan semua orang....rasanya ramai yang dah tahu......khas untuk umat Islam ye.....bagi yang bukan beragama Islam......doa mohon keselamatan daripada God memasing ye.......



psssttt........Setakat hari ni je, dah 32 kes kematian yang berlaku akibat H1N1 ni......and lagi satu berita yang memang bergenang la airmata aku..........kes pelajar usia 15 tahun yang telah dirogol, ditikam dan disimbah asid oleh bapa tirinya sendiri.... di Kota Bharu.......KEEEJAAAMMM!!!!.....terlalu KEJAMMMM!!!!


Monday, August 10, 2009

Top Chef.....MASTERS



Wow.......program ni memang aku suka sangat tengok tapi sayangnya tak tayang lagi kat TV. Aku dapat tengok pun sebab asben aku yang dok introduce and download untuk semua season yang ada. Dalam program Top Chef.....competition among the ordinary people yang terer masak untuk bergelar top chef. Apa pun ada ujian saringan cam mendadu kentang or onion dalam saiz yang sama besar.....then ada ujian yang lelain sebelum bertanding di Top Chef Kitchen.....kebersihan, kecekapan, kepantasan, kreativiti and kesedapan dah memang syarat utama dunia masakan....especially kalau bertanding......and last but not least..........program Top Chef Masters pulak.....competition among the world's best chef.....


ada 7 series...setiap siri ada winner.....setiap winner from setiap siri akan bertanding ke final untuk digelar TOP CHEF MASTERS and ganjaran yang diterima akan digunakan untuk charity..... charity of their own choice.....sebab chef-chef ni dah memang handal masak, so diaorang akan diuji untuk memasak dalam keadaan dan persekitaran yang tidak disangka.....selalunya diaorang masak atas gas stove tapi maybe diuji guna microwave which is diaorang memang tak pernah guna sebelum ni......even terpaksa basuh spaghetti dalam bathroom........memang best......5 star untuk program ni.......kalau sesapa tak boleh nak download, browse je kat Internet......konpim ada......


psstttt........Kalau la Malaysia boleh buat program camni tapi competitors kene create masakan tradisional melayu yang baru. Resipi yang belum pernah wujud dalam masyarakat dahulu hingga kini......competitors mestilah dikalangan chef-chef Malaysia yang memang terer......gelaran TOP CHEF MALAYSIA........and mana tahu boleh masuk bertanding TOP CHEF MASTERS......at the same time, masyhur nama negara kita kat negara luar..........tourism industri lebih baik.....


Thursday, August 6, 2009

SyurGa CinTa


Aku baru je tengok citer Syurga Cinta ni semalam kat YouTube. So sweet and memang bijak betul la budak nama Haziq ni......Lagak, cara, bicara memang nampak cam a very brilliant boy padahal kecik lagi. Then watak Awal, seorang jejaka hensem yang dah lama duduk kat oversea balik ke Malaysia and dah lupa adab, tatasusila dan pegangan agama sebab tidak pernah mendapat tunjuk ajar mahupun bimbingan daripada ibu-bapa. Mana taknya, ibu-bapa dia sendiri pun jahil tentang agama tapi memang seorang yang kaya-raya. Watak gadis bermata bulat yang bernama Heliza ni pulak, seorang yang bijak, lemah-lembut, kuat pegangan agama......senang citer memang perempuan yang diidamkan semua lelaki......sebab watak dia memang baik sangat.

Aku suka sangat citer ni sebab dia memberi banyak kesedaran dah tauladan. Bergenang jugakla airmata sebab takut, terharu, hepi and sedih. Sejuta keinsafan kepada diri sendiri mahupun orang lain di luar sana kalau mereka berkesempatan menonton citer ni. Citer ni memang best (citer yang memang boleh beri kesan pada hati). Tengok tau jangan tak tengok. Ada sesetengah pihak akan rasa citer ni cam slow and boring but ada mesej yang memang jelas untuk dijadikan pengajaran. Daripada citer ni jugak baru aku tahu yang maksud JODOH terbahagi kepada 3:-

Jodoh daripada syaitan

Pasangan mula kenal-----Berdating-----Membuat Maksiat-----Mengandung-----Berkahwin


Jodoh daripada jin


Pasangan mula kenal-----Suka----Salah satu pihak bertepuk sebelah tangan lalu menggunakan sihir, ilmu hitam supaya pihak yang lagi satu menyukainya------Berkahwin

Jodoh daripada Allah SWT


Pasangan mula kenal-----Pandangan kali pertama menusuk kalbu-----Bercinta mengikut Islam------Berkahwin


pssstttt.........citer Ayat-Ayat Cinta lagi best......lebih menusuk kalbu and memang buat aku susah sangat nak berhenti mengalirkan airmata........dua-dua citer ada mesej khas untuk orang Islam.