Thursday, July 30, 2009

Homemade Mask

Kalau pasal homemade mask, aku pernah le buat sendiri, then apply kat muka......memang bagus sangat.....berkesan and also cost effective.......tak perlu nak membazir....buat guna apa aje yang ada kat rumah....kalau ada barang atau bahan yang kurang, boleh le beli ckit.....itu pun takda la berpuluh-puluh ringgit......sebab sume bahan yang akan digunakan stil raw and fresh!!! Zaman anak-anak dara dulu, aku memang rajin apply homemade mask ni tapi semenjak beranak-pinak, memang tak terkejar masa.....apply lotion pun setakat mana boleh je.....hahahahaha...... so, I just wanna share with all of you out there about my homemade mask yang biasa aku and my sisters guna ......give it a try, OK!!!

For oily skin (for soothing)

1 ripe banana (pisang berangan or mas)
1 tbsp honey
an orange/lemon juice

Mash the banana and mix together with honey. Add a few drops of juice from an orange or a lemon. Jangan letak jus banyak sangat sebab nanti kulit muka akan kering. Apply to your face for 15 minutes before rinse with cool water.

For combination skin (nak balancekan the oily and dry areas of the skin)

6 fresh rose petals
2 tbsp rosewater (leh beli kat kedai buat kek/kuih or even kedai India)
1 tbsp natural yogurt, room temperature (not lowfat or nonfat)
1 tbsp runny honey (suamkan madu kat dalam microwave for a few seconds)

Rendam rose petals, then crush them in a bowl. Add the rosewater, yogurt and honey. Mix well and apply to the skin. Leave on for 10 minutes. Bilas dengan bersih ye.

For mature, wrinkled and dry skin

1/2 ripe avocado
1/4 cup honey

Mash the avocado into a creamy pulp in a bowl. Masukkan madu and kacau sebati. Apply kat muka and leave for 10 minutes. Rinse.

For aging skin

2 tbsp sugar
3 tbsp warm water

Kacau sugar in warm water until it melts. Make sure bijian gula dissolved, kalau tak boleh lukakan kulit muka and tinggalkan parut. Gently massage around skin. Rinse dengan bersih.

For sensitive skin (chapped, sunburned or irritated skin)

1 cup natural yogurt (yang sejuk tapi bukan sejuk beku ye)
1/2 cup oatmeal (apa-apa brand pun boleh)

Mix all together. Sapu kat muka and biarkan 10-15 minutes. Jangan lupa dibilas.

*** Kalau kulit yang berminyak, tambahkan a few drops of lemon/lime juice. Kalau kulit kering, campurkan 1 sudu besar madu.
***Kalau malas, letak je hirisan timun yang sejuk kat seluruh muka for skin cooling.

For skin firming

2 white eggs (chilled)
1/8 teaspoon cornstarch

Whip the egg whites sampai dia tak jatuh daripada mangkuk (jadik cam buih syampu). Then slowly add the cornstarch. Apply the mixture immediately pada muka. Biarkan selama 20 minit. Bilas sebersih-bersihnya. Mask ni bagus sangat untuk dapatkan kulit muka yang lembut, licin and nampak muda.


*** Sebelum pakai mask, muka mesti kene scrub ok. Nak scrub, guna je brown sugar + honey. Sental kat muka perlahan-lahan ye. Boleh mix dengan badam yang ditumbuk halus. Bilas.

*** Lepas dah pakai mask, muka kene bilas dengan air suam. Lepas tu, bilasan terakhir mestilah air sejuk (air paip biasa). Kalau tidak bilas dengan air sejuk untuk bilasan terakhir, nanti liang pori akan terbuka and nampak tak elok.


Sebenarnya, kalau nak lagi berkesan, pergilah ke pusat-pusat kecantikan untuk buat facial tapi bersiap-sedia dengan duit ye. It can cost you thousand just for the facial treatment excluding the product to be used at home. Aku dah habis belajar kat universiti, barulah rajin buat and pakai homemade mask ni.....sebelum tu.....tak pikir apa pun.......so, memang orang selalu kutuk and mengata aku ni tak lawa.........boyfriend pun takde. Friends sume pandang rendah le sebab takde bf......aku peduli apa......from my point of view.......aku bukan jenis terhegeh-hegeh nak carik bf. Kalau dah tertulis jodoh kita dengan si polan or si polan.....berserah je and tawakal. Kalau perigi carik timba tapi tak dilayan......lagi la malu. Segan woooo.......Pride and dignity kene jaga beb!!!

Tuesday, July 28, 2009

AquaRium

Eeeeee........dulu aku nak bela ikan dalam aquarium, mak aku tak bagi.......pastu bila abang aku suruh bela.....terus dia bagi.......issshhhh....tak paham betul la aku.........since kucing aku dah hilang.......so memang aku pikir nak bela ikan.........sumber ketenangan hati...hehehe

Last 3 days, abang aku datang rumah hantar aquarium........dia suruh kitaorang bela ikan...... dengan rasa happynye.....anak-anak aku and sepupunya bertungkus-lumus membanting tulang membersihkan dan menghias aquarium......nak bagi semua fish hidup cam dalam syurga.......lepas aquarium dah ready, kitaorang kuar gi Jalan Pudu....nak carik spesis ikan yang cantik-cantik.....kebetulan masa kita orang semua kuar, kakak aku datang rumah.......adusss......geramnya......aku tak tahu la apa yang anak dia dah buat, aquarium tu retak...air keluar........bengang betul la.........dah penat-penat hias....alih-alih.......retak menanti belah......dah letak silikon gum pun still tak leh. Bukan sikit retak........sepanjang-panjang tapak aquarium......sepanjang tu la retak.........nak marah tak boleh.....anak orang....bukan anak sendiri...

So, kitaorang decide beli aquarium baru.....harga RM40.....panjang 4 jengkal.......lebar 2 setengah jengkal........bawak balik rumah....bersihkan.......sementara my asben dok pindahkan aquarium yang pecah tu ke belakang rumah.......ya Rabbi....anak aku lak retakkan aquarium baru kita orang......aku tak sempat nak selamatkan.......dia boleh tersengih-sengih sambil tunjuk gigi dia yang cantik sangat tu.....bertuah punya budak.........memang kene jentik la tangannya........eeeeee......geramnya......naik berang tul la........rasa cam nak gigit jek.....retaknye sikit jek kat bucu aquarium tapi sebab air kuar jugak........terpaksa la beli yang lain hari ni.......tak pun mintak tukar ngan towkey kedai......itu pun kalau boleh.........nanti kalau semua dah okay, aquarium dah fully furnish.........setting sume canteeekkk.............aku post gambar ok........caucincau......








pppssttt........this few days......ramai betul orang yang suka buat aku marah......apsal yek??? anyway.....pic atas......contoh aquarium yang memang aku berhajat sangat nak buat........


Friday, July 24, 2009

Masak vs Imam!!!

Hehehehehehehe......aku minat sangat dengan tajuk ni sebab ada sesetengah perkara yang memang tidak disedari oleh orang lelaki. Contohnya la kan......bila orang perempuan tak pandai masak, pandai pulak orang lelaki nak komen, nak kutuk, nak sindir, nak perli and cam-cam lagi la tapi sebenarnya kalau golongan lelaki kurang pengetahuan mengenai agama......uiiissshhhh.....sesapa pun tak leh nak sentuh tentang isu ni. Kene pejamkan mata, pekakkan telinga.......sebab kononnya bab-bab agama ni sensitif......boleh blah!!! Kalau bab nak tambah bini boleh pulak nak kaitkan ngan agama ngan sunnah.....hampeh tul!!!

" Apa nak jadik ngan ko ni.....nama je perempuan tapi tak tahu masak......camna nak layan suami ngan anak-anak nanti.......Ntah sapa la nak kawin ngan ko nanti....reti-retikan la diri tu belajar masak......."

amboi...amboi...amboi.....sedapnya mulut berkata-kata......itu merupakan salah satu ayat yang pernah dilontarkan pada aku masa tingkatan 1, umur baru 13 tahun......baru je capai tempoh remaja...ada sedikit matang...tak pernah pikir pasal laki atau anak....pikir pasal dunia enjoy jek.......sapa yang mengata aku tu...takyah la mention....malas dah nak pikir.......tapi ayat dia tu memang tinggalkan kesan pada aku sampai bila-bila......

Bagi lelaki, perempuan kene ada pakej pandai masak kalau nak jadik bini and aku rasa perempuan pun kena letakkan satu kriteria pada golongan lelaki untuk jadik suami orang. Korang tahu apa dia???? Jadik imam sebab kalau dia boleh jadik imam untuk pimpin famili kepadaNya.....memang tabik la.....ajar or mengaji sesama.....so sweet.....tapi orang lelaki kata...kalau pompuan letak syarat camtu.....habislah berlambak andartu kat dunia ni....

Orang lelaki selalu kata....perkara utama nak pikat suami melalui perutnya tapi perkara utama nak pikat isteri camna pulak???? Errrrmmmm.......a very romantic husband with a very lovely roses, chocolates, hot kiss and #!*&** are just not enough.......

Aku pernah tanya tentang hal ni pada kengkawan lelaki.....ramai yang kata diaorang tak konfiden sebab takut bacaan surah tak betul.....tajwid lari....diaorang prefer sembahyang sendiri-sendiri.........kalau makmum buat salah...imam kene tanggung.....come on la......kalau camtu takda sesapa la yang berani jadik imam kat dunia ni.....apa daaaaa!!!!! Kalau dah tahu kurang pengetahuan agama, belajar-belajar la......jangan le leka.....kalau pompuan leh belajar masak takkan lelaki tak boleh belajar benda yang wajib.....Kalau bab main video game, karaoke boleh lak brush up....terror lak tu.......vibrato dasat....

Apa-apa pun, pompuan atau lelaki memang sepatutnya belajar mana yang kurang. Kalau masyarakat arini pentingkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami, lelaki pun kene boleh jadik imam, boleh pimpin famili supaya kredibiliti dia orang tak goyah sebagai ketua keluarga. Jika wanita disuruh belajar, kenapa tidak lelaki?? Tak gitu???

Aku sahut cabaran orang yang mengata aku dulu.....believed me .....aku pandai masak tak brapa lama lepas kene kutuk......aku tak belajar daripada sesapa pun......aku tengok camna mak aku masak.... then aku cuba masak sendiri......orang yang mengata aku tu pulak yang dapat bini tak pandai masak.....HAHAHAHAHAHA....tu la lain kali jangan mengata kekurangan orang lain.....tak baik......kalau berduit...boleh makan luar...... tak kisah la kan sebab ada duit tapi jangan sesekali mengutuk orang lain.......not good at all!!!!



pssttt..........wanita kat luar tu ramai sangat yang cantik and vogue.....asben aku ni pulak ramai peminat......so rasa tergugat jugak le sebab aku ni bukannya cantik pun....so....I have to be good in cooking.....jaga perut dia......at least boleh buat dia bertambah sayang kat aku from time to time......boleh ke???


Thursday, July 23, 2009

Insaf

Yesterday, masa aku balik keje......rasa cam terkejut la sebab tetiba nampak ramai sangat orang kat tepi jalan kat area rumah aku.....rasa cam pelik la kan sebab siap ada 2 khemah...cuma terlintas di hati masa tu....ada orang nak nikah la kot. Then, bila aku sampai rumah.....aku tanya kak ngah aku...and dia kata ada orang meninggal dunia....Apa citer sebenarnya??? Kalau citer ni masuk paper arini or berita malam tadi...so maybe korang tahu la kot....memang sadis la.....

Ada sorang budak ni baru umur 21 tahun, dia pegi keje naik motor ngan mak dia.....tiba kat jalan loke yew....ada satu kete ni terlanggar tiang lampu yang kat tengah-tengah jalan tu.....then tiang lampu tu patah and tumbang. Kebetulan budak ni ngan mak dia ada kat situ.....tiang tu tumbang nak hempap mak dia.......budak tu sempat tolak mak dia ke tepi supaya tak kene hempap....malangnya budak tu yang kene hempap sebab selamatkan mak dia. Tulang tengkuk dia patah and tengkorak kepala dia retak.....dia mati kat situ jugak......Mak dia dah tergolek kat tepi...maybe pengsan la kot sebab cedera.....

Dalam kul 5 petang aku balik rumah, jenazah dia belum lagi sampai kat rumah sebab pihak hospital kene buat post mortem and mandikan jenazah sekali. Lepas sembahyang maghrib, jenazah selamat disolatkan dan disemadikan di Tanah Perkuburan Sungai Besi......tempat bersemadinya arwah bapak aku jugak. Sepanjang upacara sembahyang sehinggalah habis upacara pengkebumian, mak dia ada di situ....tak henti-henti mengalirkan air mata....dengan berpakaian hospital...bertampal...berbalut sana sini......

Aku rasa sedih sangat sebab budak ni memang kawan aku masa kecik-kecik dulu. Dia banyak sangat berkorban untuk keluarga. Yelahkan, mak dia ibu tunggal yang ditinggalkan suami masa anak-anak kecik lagik. Budak ni la yang menanggung dan tolong mak dia cari makan sesama untuk hidup and besarkan adik-adik dia. Memang budak ni berkorban masa remajanya membanting tulang untuk mencari sesuap nasi.........Aku kagum sangat ngan dia........

Aku rasa insaf sangat.....orang yang selalu dan sentiasa ada di depan mata....tetiba boleh terus hilang begitu aje.....tidak lagi boleh disentuh mahupun bercakap, bergaduh, bergurau....susah senang bersama....Aku dah pernah rasa sebelum ni.......jiwa rasa disentap....tempat kita meluahkan, berkongsi rasa, bergantung harap telah pergi selama-lamanya.......

Kepada yang masih ada.......gunakanlah peluang yang ada untuk buktikan diri sendiri sebagai famili, anak, kawan, sahabat, jiran atau sesiapa sahaja.....Jadilah insan yang memang bersih hatinya dan sentiasa tunduk padaNya. Nyawa ni pinjaman Allah SWT....sampai masa.....semuanya akan ditinggalkan......



psstttt.......genap lima tahun arwah tinggalkan kami sekeluarga.....You're always the king and hero in my life.....ALWAYS......



Tuesday, July 21, 2009

DuGaaN

Aku tak tahu nak cakap camna la tentang hari ni. Semuanya serba tak kena. Dari awal sampai pejabat, semua benda jadik kelam kabut. Firstly, aku gi pantry buat air milo kosong without sugar or milk.....Dah siap bancuh...tetiba cawan terlepas daripada tangan aku....Habis tumpah..Kene carpet opis. Sib baik tak kene baju aku...dah le air panas and luckily air milo kosong, so takde smell. Then, aku gi library nak cari material biografy tentang Tun Sardon Jubir.... tidak ada...so kene buat inter-library loan ngan PNM sebab kat sana ada buku about TSJ ni. After liaise ngan PNM, kene lak gi sana untuk collect buku. So, aku tempah driver daripada ADMIN but the driver just available at 3 pm onwards. So, aku decide nak gi sendiri je la.

Keluar opis, sib baik jalan tak jam. So, aku decide nak carik ATM dulu tetapi malangnya semua ATM yang aku pegi all the way to PNM kehabisan duit. Huh!!! Redah je la.....Lesen memandu mati lak tu dua bulan lepas. Lupa nak renew. Nak kuarkan duit, ingat nak renew lesen untuk 3 tahun terus tapi kensel....fulus xde....Dah sampai PNM lak, carik parking....penuh giler....tawaf 2 kali carik parking tapi takde, so parking kat tepi jalan depan building BERNAMA. Berjalan dengan pantasnya nak ambil buku TSJ, then gi beli food kat cafe PNM.....pastu terus ke kerete semula. Jalan jauh la jugak tapi sebab boleh buang lemak......ok je la....Bukannya apa, kalau lambat-lambat, nanti kene saman lak sebab park kat line kuning.

On the way ke kereta, ada satu dahan pokok la pulak dok tetiba libas muka aku.....dah penuh ngan daun and air hujan muka aku ni.....eeeeerrrkkkkkk....... sakitnyeeeee hati......terus aku dok mengomel salahkan DBKL sebab tak jalankan tugas diaorang..........Siap menyumpah-nyumpah la.........eeeeee.....geramnya.....Aku membebel sensorang sampaikan ada guys yang tersenyum-senyum kambing. Aku rasa diaorang gelak ngan cara terhormat bila tengok gelagat aku masa tu......Adusss....malunye.......Colleague aku pun dok gelakkan....Hampeh!!!

Ahhhh...lantakla.....diaorang bukannya kenal aku pun....aku pun tak kenal diaorang.....Pirahhhh...Cam hensem sangat nak gelak-gelakkan orang......Tak heran...uuuwweekkk

Aku sampai opis tul-tul time lunch. So, aku dah beli food....hentam je la....perut dah nyanyi cam-cam lagu.......



Monday, July 20, 2009

Harry Potter and The Half Blood Prince


Last Saturday, aku dah gi tengok citer ni. Midnite movie at GSC Mid Valley. Full house beb!!! Kene pergi tengok midnite sebab anak nak kene tido dulu. Baru boleh menyelinap kuar. Kalau tak haru biru jadiknya.Well....well...well.....komen aku tentang citer ni.....so...so...je la. Takdelah best sangat sebab kurang action. Masa Dumbledore mati pun aku tak rasa sedih sangat...tak tersentuh pun.....apsal yek???? kureng la.....If kita compare ngan jalan citer dalam buku, banyak sangat yang takde dalam filem....So, the movie itself kurang menyengat sebab tak ikut original storyline from the book. Apa-pun, aku enjoy gak le tengok.

Dapat kenalan baru, my asben's officemate....Dayah and sisternye....Both of them are so cute.......Teringat lak diri aku zaman memuda dulu....Cewah!!! As per my husband said, style Dayah cam aku masa zaman belum kawin.....Zaman jadik friend, best friend, tunang and wife before dapat second baby.......After second baby terus CCCHHHUUUBBBYYY!!!! Ni semua CINTA punye pasal la....Well honey, bila nak hantar ayang gi gym???? Dah banyak sangat aksesori ni.....hehehehehehe

Before tengok wayang, aku gi main bowling kat Cosmic Bowl.....at first tak nak main tapi sebab anak sedara dok pujuk-pujuk ajak main, so......main je la. A lot of FUN!!! Tapinyeeee bila aku nak main game lumba2 kete....tak boleh.....sebab tak sempat.......




pppsstttt........if Dayah baca blog ni, kalau ada masa....kite kuar lagi yek....Boleh download citer yang tak diciterkan oleh my asben. Sharing information baguss tau......Tak elok stingy....heheheh.....OK!!!




Friday, July 17, 2009

10 Power Foods for Diabetes

Nowadays, memang ramai sangat Malaysian yang ada diabetes and sesapa yang ada keturunan will have high probability and risk to be in the same category including me!!!.....so memang kene jaga-jaga....Well, when you are trying to balance your blood sugar, it is important to eat plenty of healing foods for diabetes. In fact you'll be amazed at how many of them you can find in the aisles of your local grocery store. Here are some info about diabetes-beating power foods from the book Healing Gourmet Eat to Beat Diabetes:-
  • Apples: with just an a pple a day, you'll get the maximum health benefits by including the peel in your healthy snack. Apple peels contain quercetin, a flavonoid that has been found to reduce diabetes due to its antioxidant effect.
  • Asparagus: an excellent source of glutathione, an antioxidant compound that can help keep your blood sugar stable.
  • Broccoli: one kind of vegetable that is also an excellent source of quercetin. Very tasty kalau goreng kicap cilipadi tapi kene sikit je la kuahnya...
  • Carrots: as it turns out, Bugs Bunny is smarter that you might think. His favourite snack is full of carotenoids, antioxidants compunds that can help to protect the heart and balance your insulin levels. It was really a great taste if you blend dengan fresh milk. Pastu tapis and sejukkan...Peerrgghh!!!
  • Oranges: the world's most popular citrus fruit but has a low rating on the Glycemic Index. It is also a source of many other phytonutrients that can help you fight diabetes, including flavonoids, carotenoids, terpines, pectins and glutathione. Tapi kalau dah kene diabetes, boleh makan sikit jek...sebab boleh increase blood sugar....Ambik banyak sangat pun boleh jadik gastrik, too many acids...BEWARE!!!
  • Fish: these sea creatures help protect your heart, but the omega-3 fatty acids can also help to balance your blood sugar. Fav!!!
  • Beans: not only are they good for the heart, but these members of legume family also contain many different phytonutrients that can help you manage your battle against diabetes. Though dried beans are the healthiest choice, you must soak them in water for several hours before cooking.
  • Nuts: even though they have been cultivated for more than 12000 years, nuts are still one of nature's richest foods for diabetes. Because they are packed with minerals and healthy fats, incorporating healthy portions of nuts into your meal plan can help to protect your heart and balance your sugar level. Tak boleh amik bebanyak......pimples!!!
  • Soybeans: this legume family is a complete source of protein, provide phytoestrogens, isoflavones and saponins that can balance your blood sugar. I love it!!!
  • Tea: tea time may be the healthiest time of the day. It has phytonutrients such as catechins and tannins and also antioxidant effect that can help you to balance sugar level. Really addicted for teh o ais or green tea!!!


psstt:......memana food yang memang ada antioxidant tu, ada benefit lain gak....agen anti penuaan....AWET MUDA.....I LIKE!!!


Thursday, July 16, 2009

J.O.D.O.H

Eeeeee.......kiciwanye rasa hati ini sebab tak dapat nak tengok citer Harry Potter: Half Blood Prince harini......sepatutnya aku ngan asben akan tengok wayang kul 4.30 petang nanti tapinyee dia ada meeting kat Cyberjaya. Sepatutnya dia cuti harini tapi sebab tanggungjawab kensel je la. Takpelah...tayangan masih banyak lagi. Hari lain pun boleh.......AM I A VERY UNDERSTANDING WIFE???...hehehe.....insyaAllah.....tapinyeee kalau moody....apa boleh buat....

Sebenarnya, entry kali ni aku nak citer tentang jodoh. Aritu, aku tengok program Semanis Kurma kat TV, Friday 10/07/09....Host program is Datuk Dr. Siti NurBahyah and husband, Wan Akashah Wan Abd Hamid. Program ni membincangkan isu, petua dan nasihat kepada pasangan suami isteri dalam pelbagai topik. Ada jugak useful info untuk orang single mingle ni. Memula aku tak layan sangat program ni tapi in a few weeks aku tengok program ni....memang best la. Banyak nasihat, doa and petua yang kita boleh amalkan. For last Friday program, aku dapat satu information from Datuk is about jodoh!!!!

Nowadays, ramai lelaki mahu pun perempuan masih lagi belum berumahtangga walaupun umur dah meningkat....Bila pikir balik...memang kesian sangat sebab golongan beginilah yang akan terima banyak sangat soalan, sindiran, tohmahan and macam-macam lagi la. One sentence that was really attract me....."Golongan yang masih belum bertemu jodoh sedangkan umur dah agak berusia.....dalam kata lain bujang terlajak or andartu ini.....ada sebab terjadinya begini iaitu:-

  • Jodohnya sudah meninggal awal.
  • Terkena ilmu hitam
  • Terlalu memilih

Tetapi sebab-sebab ini adalah kata kita sebagai manusia, semuanya ketentuan Allah SWT. Bertawakal, berdoa dan menjadi diri kita sendiri adalah jalan terbaik dan usaha untuk mendapatkan jodoh. Jangan kita berubah demi orang lain tetapi kalau berubah dari sesuatu yang buruk kepada baik.....Itu memang tak jadi masalah. Allah SWT itu tahu apa yang terbaik...lambat atau cepat.....Wallahualam......."

ILMU HITAM!!!!.....Apa jenis manusia la kan...boleh guna ilmu hitam semata-mata nak dapatkan jodoh and mengenakan orang lain supaya tak kawin-kawin. Kesiannya la......Issshhhh....simpang malaikat 44.....Tak baik buat camtu...Dilaknat Allah SWT.

Soal pasangan hidup ni jangan buat memain sebab itulah partner kita sehari-hari and susah senang sesama. Kirenya pahit manis masam masin kelat dan pedas sumenya ada dalam rumahtangga. Kene tolak ansur and bersabar banyak-banyak-banyak-banyak-banyak sesangat.......Kuatkan hati dan iman.....

Aku ni kawin dekat 5 tahun tapi memang banyak sangat yang aku belajar. Alhamdulillah.....Pengalaman tu takdalah banyak sangat jika compare ngan orang yang dah kawin berpuluh tahun tapi aku dah paham maksud perisa-perisa rumahtangga ni. Sekadar nasihat yang tak seberapa boleh la..... Live ur life to the fullest!!!




Wednesday, July 15, 2009

SedihNYEEE

Semalam aku tak gi keje. Cuti emergency coz my second son demam kuat. Cuakknye la sebab dia siap bagitau aku.....

"Ma, atit ma...atit ma....iskk...isskkk...isskkk....ma atit ma...atit...."

Dia cakap sambil pegang-pegang kepala and tunjuk mulut dia sakit. Merah mulut memang tak payah nak cakap dah.......Sebab panas sangat.....So memang sakit kepala sangat la.....Aku cek temperature.......39.....usual temperature for human is 37....so cepat-cepatlah aku amik ubat punggung untuk bagi suhu badan dia turun. Sambil-sambil tu, aku lumurkan kepala ngan badan dia ngan air asam jawa. Air asam kene pekat sikit la. I did this becoz tamarind is one kind of traditional ingredient that can decrease body temperature. Memang betul pun!!!!

Aku masih ingat pesan Pediatric Specialist anak aku, Dr. Sheila Lopez from Tawakal Hospital....kalau panas badan anak kuat sangat...lebih 38....kene masukkan ubat punggung. Then after 8 hours.....tengok progress camna. Kalau panas naik balik and suhu badan tetap juga sama.......go to the hospital immediately. Memang kena consume air kosong lebih untuk bantu panas turun.

Kita yang dah besar panjang ni pun kalau panas kuat sangat memang tak tahan. Nikan pulak budak kecik. Anak aku pun baru 3 tahun. Memang serius aku gabra tahap tak ingat la.....siap nangis-nangis lagik......Yelah, environment sekarang ni memang teruk. Haze sana sini.....H1N1 la....So, beware.......Hari ni, anak aku dah quite okay. Tenang sikit hati ni.

"Ya Allah Ya Tuhanku, ko pulihkanlah anak aku semula seperti biasa.......aku sanggup menanggung kesakitannya asalkan dia sihat seperti sediakala. Amin."


Monday, July 13, 2009

TRANSFORMERS


Aku dah tengok citer ni......Superbly Superb....Memang best!!!! Autobots and Decepticons memang dasyat la......Wow, aku memang suke tengok citer camni. Barulah tak mengantuk tapi ada one scene that is not suitable for those kids out there. Takkkkk SSSSeeeessuuuaaiii.....Tapi, awal-awal Optimus Prime dah mati.....Cuak gak masa memula tu....yelah sapa nak lead Autobots??? Sedih wooo.....aku bergenang air mata jugak la masa dia mati......Apalah kan, robot mati pun aku nak sedih.......pastu, scene dah dekat nak habis.....R2 cakap 1 ayat jek, pastu mati dah......aduss.....tapi actions memang best. Tak rugilah tengok....Lawak pun ada gak.....especially robot Chihuahua....kurang asam tul.

1st week tayangan tiket dah sold out. Full house. tapi aku and yang lelain dapat gak membeli tiket utk hari kedua tayangan, itupun tayangan kul 12 midnight. Then, second time aku tengok sebab dapat tiket free drpd my asben's office. Tapi masa tu, aku kene dok depan sebab my asben's colleagues main duduk berterabur jek. Tak peduli ikut seats ke tak. Nama pun tiket free.....Hahahaha......


Sesapa yang belum tengok lagi, sila la tengok.....Aku bukannlah nak promote filem Yahudi atau negara luar ni tapi filem tempatan masih terlalu jauh ketinggalan and always about love.....Jiwang zizuzazassss lak tu.....But aku tengok gak filem tempatan cam Duyung, Upin & Ipin, Jangan Tegur, Cuci.....This coming Thursday, insyaAllah aku nak gi tengok Harry Potter: Half Blood Prince lak......Caiyok.......


Thursday, July 9, 2009

S.U.R.P.R.I.S.E

Keje arini cam biasa je.....Desk was full with reference books. Nothing interesting....Keje buat research ni jangan harap la nak goyang kaki. Letih ke sana sini. Cari itu ini. Perrrggghh......nama pun responsibilities so cannot main-main ma.....Nak dapat gaji halal tetiap hujung bulan, kene buat keje dengan ikhlas and rajin....Wah.....semangat baru ni. Alhamdulillah.....

Balik keje pun cam biasa, naik motor honda cup.....Perrgghhh, laki bini cam Jaki Jipang tapi bukan mat rempit tau.....Dok having our dinner together but aku tak masak sebab penat and tak sempat. So makan apa aje yang ada.....just untuk alas perut yang semakin seksi and berisi....kwang....kwang....kwang.....

Sebelum nak tido, surprisingly my asben buat kejutan......Kejutan yang memang aku tak jangka and sangka.....Love u honey........Nanti ayang masakkan yang sedap-sedap okay!!! He showed to me 2 tickets Datuk CT Nurhaliza Exclusive Concert: SATU. Ya Rabbi, aku memang minat ngan CTkus ni and tak sangka dapat jugak pegi tengok konsert dia nanti....InsyaAllah.

Well......kita orang pun pergilah ke konsert tu and show CTkus memang best. Voice dia memang power tapinyeee.........

The first baju yang dia pakai....alamak.....ketat sangat la....menampakkan line #%@^&** yang tak sepatutnya kita lihat especially kepada lelaki.....Walaupun baju tu tak seksi tapi ketat itu yang seksi.....Bukannya apa, tak proper untuk seseorang yang sudah bergelar hajjah. Pastu, ada a few songs yang CT memang memakai selendang sekadar pin sedikit ke sanggul. Waduh...waduh CT...kok gitu gayanya.......Then, I though CT will come out with something yang memang amazing and pure tapinyeee.....

Dia guna prop ballet dancers and gaya penari masa menyanyi lagu Destinasi Cinta sama cam Konsert Celine Dion in Las Vegas.....seolah-olah seperti meniru. Memang la berinspirasikan konsert CD but kene totally lain la....tak boleh ada yang sama. For those yang nak bergambar and dapat autograph CTkus lak kene beli CT Nurhaliza Souvenir Collections dulu. Then kene beratur untuk dapat giliran tapi sebenarnya tak dapat giliran pun. CT just spent her time utk jumpa peminat for 15-20 minutes only. Memang ramai fans yang kecewa ngan situasi tu tapi nak buat camna.....Fans are always fans.....berebut.....tolak kiri kanan depan blakang. Bodyguard lak dok kerumun si CT ni and lindung fans yang nak amik gambar dia....Memang management kene buat banyak sangat improvements.....Tiket mahal tapi just dapat tengok show....Sekian.