Monday, October 12, 2009

Y.e.S.t.E.r.D.a.y

Semalam petang, aku ke HUKM.....bersama suami....just nak visit my current boss......Aku ke ICU, Level 2 and alhamdulillah, dia sudah pun ditukarkan ke HWD Ward, Level 6.......Sewaktu aku sampai, tengah tido.........dalam keadaan terlalu lemah......for 5 minutes, aku hanya merenung keadaan tuanya terlantar di atas katil hospital dengan pelbagai tiub, tangki oksigen and a few other machines...........tak lama lepas tu, dia noticed my husband in front of him and later noticed me just at his side.......tak tau nak describe camana tapi aku seperti terlihatkan arwah ayahku ketika dulu.........ntahlah.......aku anggap dia seperti ayahku juga.......seorang lelaki tua yang agak tegas tapi sememangnya baik dan luhur hatinya.....banyak mengajar dan membantuku dalam kerjaya mahupun secara peribadi..........kami berinteraksi secara......eerrrmmm.....camana ye.......aku bercakap tetapi dia menulis.........aku tak lama di situ.......meninggalkannya selepas 10 minit.....just want to let him take a good rest..........Hari ni hari dia.....hari kita, Allah SWT sahaja yang tahu.....

Ketika hampir di lif, aku menangis dan menangis......terkenangkan keadaanya yang keseorangan sama seperti arwah.......menanggung kesakitan dalam keadaan yang lemah tak bermaya. Matanya seperti meminta pertolongan dan dorongan semangat untuk terus berjuang........May God will make him stronger than before.......Si suami yang sangat mengerti berusaha memujuk sambil memeluk agar aku kesedihanku reda dan semuanya tenang kembali.......

***Kenapa la airmata ini terlalu mudah bergenang.............dan mengalir..............

No comments:

Post a Comment