Friday, October 2, 2009

Be StronGer and StronGer......

Lama jugak rasanya tak menulis di blog aku ni........Mungkin sudah ketara kelihatan sawang dan habuk.........alam maya.......

Semalam, aku rasa penat and letih sangat dalam mengharungi dugaan hidup yang Allah SWT telah berikan kepadaku....tak tahu nak diluahkan bagaimana dan apakah penyelesaiannya.....Mujurlah....ada orang tersayang disisi yang sentiasa menemani dan memberi sokongan kepadaku selama ini.....Jika nak difikirkan semula, ada insan lain yang lebih lemah dan lebih hebat ujian hidupnya cuma cara diri sendiri bersabar dengan ketentuannya itu yang lebih penting.......

Apa jua pun yang tertulis, aku tetap manusia yang memang sering takut dengan masa depan dan cabaran yang bakal muncul.......Setakat ini, jika dianugerahkan sesuap nasi dan sedikit ikan kering pun sudah memadai untuk hidup.....Apa yang memang aku perlukan adalah ketenangan, kebahagiaan, jauh dari penderaan hati dan perasaan dan juga kecekalan.......Ada rakan baikku pernah mengatakan....." Jika aku berada di tempat kau sekarang ni, aku boleh jadik gila tapi sebab kekuatan iman kau sendiri......ko lebih suka berdiam diri dan menjauhi segala-galanya....Aku tahu kau dalam kesedihan dan keadaan yang terlalu sakit tapi aku tak boleh nak membantu.......setakat dorongan dan kata-kata semangat yang boleh aku curahkan.........." Yess......itu benar dan aku tak mengharapkan simpati.......



Ya Allah Ya Tuhanku, sesungguhnya Kaulah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengetahui, berikanlah aku petunjuk dalam mengatasi segala bencana yang menimpa. Berikanlah aku kekuatan iman, kewarasan fikiran dan kecekalan hati dalam menjalani segala kemungkinan dan dugaanMu. Aku berserah kepadaMu Ya Allah dalam meniti titian yang telah ditetapkan oleh Mu.
Amin..........


No comments:

Post a Comment