Wednesday, September 16, 2009

ConFuse......

Semakin nak dekat Aidilfitri, semakin sayu hati nak menyambutnya. Aku pun tak tahu nak explain camna but sayu and sedih makin hari makin tebal..........Allah SWT sahaja yang tahu hati dan perasaan aku sekarang ni. Semuanya rasa serba tak kena. Aku perlu menjalani hidup seperti biasa, perlu melayan karenah famili dan sahabat untuk hilangkan segala macam rasa dalam hati. Orang kata........kalau kita rasa itu ini, sujudlah kepadaNya.........mohon ketabahan dan kekuatan.......mohon petunjuk dengan apa jua yang sedang dirasai. Air mata tetap menjadi peneman setia. Bukan mudah nak diluahkan.......bukan senang nak diceritakan...... kepada sesiapa even orang yang paling rapat di hati kita and jika diluahkan bakal mengundang pelbagai andaian, tafsiran, syak wasangka malahan perbalahan. Rindu, kasih dan sayang itu juga sebahagian daripada jiwa dan diri aku. Dekat di hati tapi jauh di mata..............Setiap perkara yang dibuat sekadar untuk mendapatkan ketenangan dan keberkatan......dia akhir malam hari serba keletihan dan kepenatan kerna 'sindrom' yang tidak diundang.........Aku amat mengharapkan berkat doa dan ketabahan, 1100 rasa yang ada mampu pergi ..........


No comments:

Post a Comment