Thursday, July 30, 2009

Homemade Mask

Kalau pasal homemade mask, aku pernah le buat sendiri, then apply kat muka......memang bagus sangat.....berkesan and also cost effective.......tak perlu nak membazir....buat guna apa aje yang ada kat rumah....kalau ada barang atau bahan yang kurang, boleh le beli ckit.....itu pun takda la berpuluh-puluh ringgit......sebab sume bahan yang akan digunakan stil raw and fresh!!! Zaman anak-anak dara dulu, aku memang rajin apply homemade mask ni tapi semenjak beranak-pinak, memang tak terkejar masa.....apply lotion pun setakat mana boleh je.....hahahahaha...... so, I just wanna share with all of you out there about my homemade mask yang biasa aku and my sisters guna ......give it a try, OK!!!

For oily skin (for soothing)

1 ripe banana (pisang berangan or mas)
1 tbsp honey
an orange/lemon juice

Mash the banana and mix together with honey. Add a few drops of juice from an orange or a lemon. Jangan letak jus banyak sangat sebab nanti kulit muka akan kering. Apply to your face for 15 minutes before rinse with cool water.

For combination skin (nak balancekan the oily and dry areas of the skin)

6 fresh rose petals
2 tbsp rosewater (leh beli kat kedai buat kek/kuih or even kedai India)
1 tbsp natural yogurt, room temperature (not lowfat or nonfat)
1 tbsp runny honey (suamkan madu kat dalam microwave for a few seconds)

Rendam rose petals, then crush them in a bowl. Add the rosewater, yogurt and honey. Mix well and apply to the skin. Leave on for 10 minutes. Bilas dengan bersih ye.

For mature, wrinkled and dry skin

1/2 ripe avocado
1/4 cup honey

Mash the avocado into a creamy pulp in a bowl. Masukkan madu and kacau sebati. Apply kat muka and leave for 10 minutes. Rinse.

For aging skin

2 tbsp sugar
3 tbsp warm water

Kacau sugar in warm water until it melts. Make sure bijian gula dissolved, kalau tak boleh lukakan kulit muka and tinggalkan parut. Gently massage around skin. Rinse dengan bersih.

For sensitive skin (chapped, sunburned or irritated skin)

1 cup natural yogurt (yang sejuk tapi bukan sejuk beku ye)
1/2 cup oatmeal (apa-apa brand pun boleh)

Mix all together. Sapu kat muka and biarkan 10-15 minutes. Jangan lupa dibilas.

*** Kalau kulit yang berminyak, tambahkan a few drops of lemon/lime juice. Kalau kulit kering, campurkan 1 sudu besar madu.
***Kalau malas, letak je hirisan timun yang sejuk kat seluruh muka for skin cooling.

For skin firming

2 white eggs (chilled)
1/8 teaspoon cornstarch

Whip the egg whites sampai dia tak jatuh daripada mangkuk (jadik cam buih syampu). Then slowly add the cornstarch. Apply the mixture immediately pada muka. Biarkan selama 20 minit. Bilas sebersih-bersihnya. Mask ni bagus sangat untuk dapatkan kulit muka yang lembut, licin and nampak muda.


*** Sebelum pakai mask, muka mesti kene scrub ok. Nak scrub, guna je brown sugar + honey. Sental kat muka perlahan-lahan ye. Boleh mix dengan badam yang ditumbuk halus. Bilas.

*** Lepas dah pakai mask, muka kene bilas dengan air suam. Lepas tu, bilasan terakhir mestilah air sejuk (air paip biasa). Kalau tidak bilas dengan air sejuk untuk bilasan terakhir, nanti liang pori akan terbuka and nampak tak elok.


Sebenarnya, kalau nak lagi berkesan, pergilah ke pusat-pusat kecantikan untuk buat facial tapi bersiap-sedia dengan duit ye. It can cost you thousand just for the facial treatment excluding the product to be used at home. Aku dah habis belajar kat universiti, barulah rajin buat and pakai homemade mask ni.....sebelum tu.....tak pikir apa pun.......so, memang orang selalu kutuk and mengata aku ni tak lawa.........boyfriend pun takde. Friends sume pandang rendah le sebab takde bf......aku peduli apa......from my point of view.......aku bukan jenis terhegeh-hegeh nak carik bf. Kalau dah tertulis jodoh kita dengan si polan or si polan.....berserah je and tawakal. Kalau perigi carik timba tapi tak dilayan......lagi la malu. Segan woooo.......Pride and dignity kene jaga beb!!!

Tuesday, July 28, 2009

AquaRium

Eeeeee........dulu aku nak bela ikan dalam aquarium, mak aku tak bagi.......pastu bila abang aku suruh bela.....terus dia bagi.......issshhhh....tak paham betul la aku.........since kucing aku dah hilang.......so memang aku pikir nak bela ikan.........sumber ketenangan hati...hehehe

Last 3 days, abang aku datang rumah hantar aquarium........dia suruh kitaorang bela ikan...... dengan rasa happynye.....anak-anak aku and sepupunya bertungkus-lumus membanting tulang membersihkan dan menghias aquarium......nak bagi semua fish hidup cam dalam syurga.......lepas aquarium dah ready, kitaorang kuar gi Jalan Pudu....nak carik spesis ikan yang cantik-cantik.....kebetulan masa kita orang semua kuar, kakak aku datang rumah.......adusss......geramnya......aku tak tahu la apa yang anak dia dah buat, aquarium tu retak...air keluar........bengang betul la.........dah penat-penat hias....alih-alih.......retak menanti belah......dah letak silikon gum pun still tak leh. Bukan sikit retak........sepanjang-panjang tapak aquarium......sepanjang tu la retak.........nak marah tak boleh.....anak orang....bukan anak sendiri...

So, kitaorang decide beli aquarium baru.....harga RM40.....panjang 4 jengkal.......lebar 2 setengah jengkal........bawak balik rumah....bersihkan.......sementara my asben dok pindahkan aquarium yang pecah tu ke belakang rumah.......ya Rabbi....anak aku lak retakkan aquarium baru kita orang......aku tak sempat nak selamatkan.......dia boleh tersengih-sengih sambil tunjuk gigi dia yang cantik sangat tu.....bertuah punya budak.........memang kene jentik la tangannya........eeeeee......geramnya......naik berang tul la........rasa cam nak gigit jek.....retaknye sikit jek kat bucu aquarium tapi sebab air kuar jugak........terpaksa la beli yang lain hari ni.......tak pun mintak tukar ngan towkey kedai......itu pun kalau boleh.........nanti kalau semua dah okay, aquarium dah fully furnish.........setting sume canteeekkk.............aku post gambar ok........caucincau......








pppssttt........this few days......ramai betul orang yang suka buat aku marah......apsal yek??? anyway.....pic atas......contoh aquarium yang memang aku berhajat sangat nak buat........


Friday, July 24, 2009

Masak vs Imam!!!

Hehehehehehehe......aku minat sangat dengan tajuk ni sebab ada sesetengah perkara yang memang tidak disedari oleh orang lelaki. Contohnya la kan......bila orang perempuan tak pandai masak, pandai pulak orang lelaki nak komen, nak kutuk, nak sindir, nak perli and cam-cam lagi la tapi sebenarnya kalau golongan lelaki kurang pengetahuan mengenai agama......uiiissshhhh.....sesapa pun tak leh nak sentuh tentang isu ni. Kene pejamkan mata, pekakkan telinga.......sebab kononnya bab-bab agama ni sensitif......boleh blah!!! Kalau bab nak tambah bini boleh pulak nak kaitkan ngan agama ngan sunnah.....hampeh tul!!!

" Apa nak jadik ngan ko ni.....nama je perempuan tapi tak tahu masak......camna nak layan suami ngan anak-anak nanti.......Ntah sapa la nak kawin ngan ko nanti....reti-retikan la diri tu belajar masak......."

amboi...amboi...amboi.....sedapnya mulut berkata-kata......itu merupakan salah satu ayat yang pernah dilontarkan pada aku masa tingkatan 1, umur baru 13 tahun......baru je capai tempoh remaja...ada sedikit matang...tak pernah pikir pasal laki atau anak....pikir pasal dunia enjoy jek.......sapa yang mengata aku tu...takyah la mention....malas dah nak pikir.......tapi ayat dia tu memang tinggalkan kesan pada aku sampai bila-bila......

Bagi lelaki, perempuan kene ada pakej pandai masak kalau nak jadik bini and aku rasa perempuan pun kena letakkan satu kriteria pada golongan lelaki untuk jadik suami orang. Korang tahu apa dia???? Jadik imam sebab kalau dia boleh jadik imam untuk pimpin famili kepadaNya.....memang tabik la.....ajar or mengaji sesama.....so sweet.....tapi orang lelaki kata...kalau pompuan letak syarat camtu.....habislah berlambak andartu kat dunia ni....

Orang lelaki selalu kata....perkara utama nak pikat suami melalui perutnya tapi perkara utama nak pikat isteri camna pulak???? Errrrmmmm.......a very romantic husband with a very lovely roses, chocolates, hot kiss and #!*&** are just not enough.......

Aku pernah tanya tentang hal ni pada kengkawan lelaki.....ramai yang kata diaorang tak konfiden sebab takut bacaan surah tak betul.....tajwid lari....diaorang prefer sembahyang sendiri-sendiri.........kalau makmum buat salah...imam kene tanggung.....come on la......kalau camtu takda sesapa la yang berani jadik imam kat dunia ni.....apa daaaaa!!!!! Kalau dah tahu kurang pengetahuan agama, belajar-belajar la......jangan le leka.....kalau pompuan leh belajar masak takkan lelaki tak boleh belajar benda yang wajib.....Kalau bab main video game, karaoke boleh lak brush up....terror lak tu.......vibrato dasat....

Apa-apa pun, pompuan atau lelaki memang sepatutnya belajar mana yang kurang. Kalau masyarakat arini pentingkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami, lelaki pun kene boleh jadik imam, boleh pimpin famili supaya kredibiliti dia orang tak goyah sebagai ketua keluarga. Jika wanita disuruh belajar, kenapa tidak lelaki?? Tak gitu???

Aku sahut cabaran orang yang mengata aku dulu.....believed me .....aku pandai masak tak brapa lama lepas kene kutuk......aku tak belajar daripada sesapa pun......aku tengok camna mak aku masak.... then aku cuba masak sendiri......orang yang mengata aku tu pulak yang dapat bini tak pandai masak.....HAHAHAHAHAHA....tu la lain kali jangan mengata kekurangan orang lain.....tak baik......kalau berduit...boleh makan luar...... tak kisah la kan sebab ada duit tapi jangan sesekali mengutuk orang lain.......not good at all!!!!



pssttt..........wanita kat luar tu ramai sangat yang cantik and vogue.....asben aku ni pulak ramai peminat......so rasa tergugat jugak le sebab aku ni bukannya cantik pun....so....I have to be good in cooking.....jaga perut dia......at least boleh buat dia bertambah sayang kat aku from time to time......boleh ke???


Thursday, July 23, 2009

Insaf

Yesterday, masa aku balik keje......rasa cam terkejut la sebab tetiba nampak ramai sangat orang kat tepi jalan kat area rumah aku.....rasa cam pelik la kan sebab siap ada 2 khemah...cuma terlintas di hati masa tu....ada orang nak nikah la kot. Then, bila aku sampai rumah.....aku tanya kak ngah aku...and dia kata ada orang meninggal dunia....Apa citer sebenarnya??? Kalau citer ni masuk paper arini or berita malam tadi...so maybe korang tahu la kot....memang sadis la.....

Ada sorang budak ni baru umur 21 tahun, dia pegi keje naik motor ngan mak dia.....tiba kat jalan loke yew....ada satu kete ni terlanggar tiang lampu yang kat tengah-tengah jalan tu.....then tiang lampu tu patah and tumbang. Kebetulan budak ni ngan mak dia ada kat situ.....tiang tu tumbang nak hempap mak dia.......budak tu sempat tolak mak dia ke tepi supaya tak kene hempap....malangnya budak tu yang kene hempap sebab selamatkan mak dia. Tulang tengkuk dia patah and tengkorak kepala dia retak.....dia mati kat situ jugak......Mak dia dah tergolek kat tepi...maybe pengsan la kot sebab cedera.....

Dalam kul 5 petang aku balik rumah, jenazah dia belum lagi sampai kat rumah sebab pihak hospital kene buat post mortem and mandikan jenazah sekali. Lepas sembahyang maghrib, jenazah selamat disolatkan dan disemadikan di Tanah Perkuburan Sungai Besi......tempat bersemadinya arwah bapak aku jugak. Sepanjang upacara sembahyang sehinggalah habis upacara pengkebumian, mak dia ada di situ....tak henti-henti mengalirkan air mata....dengan berpakaian hospital...bertampal...berbalut sana sini......

Aku rasa sedih sangat sebab budak ni memang kawan aku masa kecik-kecik dulu. Dia banyak sangat berkorban untuk keluarga. Yelahkan, mak dia ibu tunggal yang ditinggalkan suami masa anak-anak kecik lagik. Budak ni la yang menanggung dan tolong mak dia cari makan sesama untuk hidup and besarkan adik-adik dia. Memang budak ni berkorban masa remajanya membanting tulang untuk mencari sesuap nasi.........Aku kagum sangat ngan dia........

Aku rasa insaf sangat.....orang yang selalu dan sentiasa ada di depan mata....tetiba boleh terus hilang begitu aje.....tidak lagi boleh disentuh mahupun bercakap, bergaduh, bergurau....susah senang bersama....Aku dah pernah rasa sebelum ni.......jiwa rasa disentap....tempat kita meluahkan, berkongsi rasa, bergantung harap telah pergi selama-lamanya.......

Kepada yang masih ada.......gunakanlah peluang yang ada untuk buktikan diri sendiri sebagai famili, anak, kawan, sahabat, jiran atau sesiapa sahaja.....Jadilah insan yang memang bersih hatinya dan sentiasa tunduk padaNya. Nyawa ni pinjaman Allah SWT....sampai masa.....semuanya akan ditinggalkan......



psstttt.......genap lima tahun arwah tinggalkan kami sekeluarga.....You're always the king and hero in my life.....ALWAYS......



Tuesday, July 21, 2009

DuGaaN

Aku tak tahu nak cakap camna la tentang hari ni. Semuanya serba tak kena. Dari awal sampai pejabat, semua benda jadik kelam kabut. Firstly, aku gi pantry buat air milo kosong without sugar or milk.....Dah siap bancuh...tetiba cawan terlepas daripada tangan aku....Habis tumpah..Kene carpet opis. Sib baik tak kene baju aku...dah le air panas and luckily air milo kosong, so takde smell. Then, aku gi library nak cari material biografy tentang Tun Sardon Jubir.... tidak ada...so kene buat inter-library loan ngan PNM sebab kat sana ada buku about TSJ ni. After liaise ngan PNM, kene lak gi sana untuk collect buku. So, aku tempah driver daripada ADMIN but the driver just available at 3 pm onwards. So, aku decide nak gi sendiri je la.

Keluar opis, sib baik jalan tak jam. So, aku decide nak carik ATM dulu tetapi malangnya semua ATM yang aku pegi all the way to PNM kehabisan duit. Huh!!! Redah je la.....Lesen memandu mati lak tu dua bulan lepas. Lupa nak renew. Nak kuarkan duit, ingat nak renew lesen untuk 3 tahun terus tapi kensel....fulus xde....Dah sampai PNM lak, carik parking....penuh giler....tawaf 2 kali carik parking tapi takde, so parking kat tepi jalan depan building BERNAMA. Berjalan dengan pantasnya nak ambil buku TSJ, then gi beli food kat cafe PNM.....pastu terus ke kerete semula. Jalan jauh la jugak tapi sebab boleh buang lemak......ok je la....Bukannya apa, kalau lambat-lambat, nanti kene saman lak sebab park kat line kuning.

On the way ke kereta, ada satu dahan pokok la pulak dok tetiba libas muka aku.....dah penuh ngan daun and air hujan muka aku ni.....eeeeerrrkkkkkk....... sakitnyeeeee hati......terus aku dok mengomel salahkan DBKL sebab tak jalankan tugas diaorang..........Siap menyumpah-nyumpah la.........eeeeee.....geramnya.....Aku membebel sensorang sampaikan ada guys yang tersenyum-senyum kambing. Aku rasa diaorang gelak ngan cara terhormat bila tengok gelagat aku masa tu......Adusss....malunye.......Colleague aku pun dok gelakkan....Hampeh!!!

Ahhhh...lantakla.....diaorang bukannya kenal aku pun....aku pun tak kenal diaorang.....Pirahhhh...Cam hensem sangat nak gelak-gelakkan orang......Tak heran...uuuwweekkk

Aku sampai opis tul-tul time lunch. So, aku dah beli food....hentam je la....perut dah nyanyi cam-cam lagu.......